Tuesday, June 19, 2012

Kisah Ulama' cemburu dan Imam Shafi'e



... Ada sebahagian Ulama' yang terkemuka di Iraq yang merasa cemburu terhadap Ilmu yang dimiliki oleh Imam Asy-Syafi'e ...dan mereka berusaha untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang ilmuan... Hal ini kerana keunggulan Imam Asy-Syafi'e keatas mereka dari pelbagai sudut ilmu dan juga hikmah, di samping kerana beliau sering mendapat tempat yang khusus di hati para penuntut-penuntut ilmu,.. sehingga mereka begitu bersemangat untuk menghadiri majlis-majlis ilmunya dan merasa begitu puas hati dengan pendapat dan penerangannya.

Kerana itu, para Ulama' tersebut bersepakat untuk menjatuhkan Imam Asy-Syafi'e dengan cara  mengajukan beberapa soalan yang rumit dalam bentuk teka-teki untuk menguji kecerdasan dan berapa dalam ilmunya ketika satu majlis anjuran Khalifah Harun Ar-Rasyid (pemerintah). 

Khalifah memang sangat menyukai Imam Asy-Syafi'e dan banyak memujinya... 

 

Setelah menyiapkan beberapa soalan, para Ulama' tersebut memberitahu  Khalifah Harun tentang keinginan mereka untuk menguji ilmu Imam Asy-Syafi'e .... Khalifah Harun tertarik dengan perkara tersebut, lantas menyampaikan cabaran tersebut untuk dijawab oleh Imam Asy-Syafi'e...Para hadirin dimajlis itu juga amat berminat untuk mendengar Soalan-soalan dan jawapan dari sang Imam.

Sang imam yang tidak membuat apa-apa persediaan, akur dengan permintaan Khalifah Harun dan menyahut cabaran Ulama'-Ulama' tersebut.

Salah seorang dari Ulama' itu memulakan pertanyaan kepada Imam Asy-Syafi'e, " Apa pendapatmu mengenai seorang laki-laki yang menyembelih seekor kambing di rumahnya,... kemudian dia keluar sebentar untuk suatu keperluan.. ketika ia kembali kepada keluarganya, Dia berkata "Makanlah oleh kamu kambing ini kerana ia sudah haram bagiku".... Lalu dijawab oleh keluarganya, " Ia juga telah haram bagi kami " .....bagaimana hal ini boleh terjadi...? " 


Imam asy-Syafi'e mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham pada soalan...dan kemudian beliau menjawab, " Sesungguhnya orang ini dulunya seorang yang musyrik,... menyembelih kambing atas nama berhala,... lalu ia keluar dari rumahnya untuk sebahagian keperluan... dalam perjalanan, ia diberi hidayah oleh Allah sehingga masuk Islam,.. maka kambing itu pun jadi haram baginya.... Dan ketika mengetahui ia masuk Islam, keluarganya pun masuk Islam sehingga kambing itu juga haram bagi mereka...."

Seorang lagi Ulama' meneruskan dengan soalan yang berikutnya " Ada dua orang Muslim yang berakal meminum arak,... lalu salah satunya dikenakan hukum sebat 80 kali,... tetapi yang satu lagi tidak diapa-apakan... bagaimana boleh jadi demikian..? ".Imam Asy-Shafi'e melihat Ulama' tadi lalu berkata " Sesungguhnya salah seorang di antara mereka berdua ini sudah baligh dan yang satu lagi masih kecil belum baligh ".. 

Ulama' ketiga meneruskan dengan soalan, " Ada lima orang menzinai seorang wanita,... lalu orang pertama dihukum bunuh,... orang kedua direjam dengan batu hingga mati..., Orang ketiga dikenakan hukum sebat seratus kali... Orang keempat hanya dikenakan setengah hukum sebat.... sedangkan orang kelima dibebaskan dan tidak dikenakan apa-apa...terangkan pada kami..." 

Imam Asy-Shafi'e lantas menjawab, " Orang pertama telah menghalalkan zina, menghalalkan yang haram telah menjadikan dia murtad.... hukum bagi murtad adalah wajib dibunuh,... orang kedua adalah seorang yang sudah berkahwin,... orang ketiga adalah seorang yang bujang,... orang keempat adalah seorang budak sedangkan orang kelima adalah seorang yang gila ". 

Khalifah Harun dan para hadirin tersenyum bila mendengarkan penjelasan dari sang Imam itu..

Kini tiba pula giliran Ulama' yang terakhir untuk bertanya, " Seorang lelaki dan wanita melihat dua orang kanak-kanak lelaki di tengah jalan, lalu keduanya mencium kedua-dua anak tersebut. Dan apabila mereka ditanyai mengenai tindakan mereka itu, si Lelaki menjawab,... "Ayahku adalah datuk dari kedua-dua anak lelaki ini dan saudaraku adalah bapa saudara keduanya sedangkan isteriku adalah isteri ayahnya ..... kemudian si wanita menjawab, "Ibuku adalah nenek kedua-duanya dan saudara perempuanku adalah ibu saudara mereka.... siapa sebenarnya kedua-dua anak itu, bagi kedua-dua orang tersebut...? " 

"Sesungguhnya Lelaki itu tak lain adalah ayah kedua-dua anak lelaki itu sedangkan wanita itu adalah ibu mereka berdua.." jawab Imam Asy-Syafi'e dengan ringkas
 

Sampai di sini, khalifah Harun Ar-Rasyid yang menghadiri Majlis tersebut tidak mampu menyembunyikan rasa kagumnya terhadap kecerdasan, pemahaman dan keindahan ilmu sang Imam seraya berkata, "Maha suci Allah atas kurniaan kepada Bani Abdul Manaf, engkau telah menjelaskan dengan baik dan mentafsirkan dengan begitu menawan serta mengungkapkan dengan begitu fasih. " 

Imam Asy-Syafi'e, lantas berkata, " Semoga Allah memanjangkan umur Amirul Mukminin.... Aku mau mengajukan kepada para ulama'-ulama'  tersebut satu soalan saja yang bila mereka dapat menjawabnya, maka Alhamdulillah.." 

"Ya, itu hakmu, sila ajukan pertanyaanmu kepada mereka, wahai Sang Imam.." kata Khalifah 

"Ada seorang laki-laki yang meninggal dunia dengan meninggalkan warisan sebanyak 600 dirham namun saudara wanitanya hanya mendapatkan 1 dirham sahaja dari warisan tersebut, bagaimana cara membahagikan warisan tersebut,...? " Tanya Imam Asy-Syafi'e. 

Maka, masing-masing dari para ulama' tersebut saling memandang satu sama lain.... begitu lama namun tidak seorang pun dari mereka yang mampu menjawab satu soalan tersebut.... Dan setelah begitu lama mereka hanya terdiam, berkatalah sang Khalifah, " Apakah jawapannya..? terangkan kepada kami " 

"Orang tersebut meninggal dunia dengan meninggalkan ahli waris; dua anak perempuan, seorang ibu, seorang isteri, dua belas orang saudara laki-laki dan seorang saudara perempuan. Jadi, dua anak perempuannya itu mendapatkan dua pertiganya, iaitu 400 dirham; si ibu mendapatkan seperenam, iaitu 100 dirham; isteri mendapatkan seperdelapan, iaitu 75 dirham, dua belas saudara laki-lakinya mendapatkan 24 dirham (masing-masing 2 dirham) sehingga sisa yang 1 dirham lagi itu menjadi jatah saudara perempuannya tersebut, " jawab Imam Asy-Syafi'ie

Jawapan Imam Asy-Syafi'e tersebut membuat sang khalifah tersenyum dan Ulama'-Ulama' yang cemburu itu tertunduk malu.... 

Khalifah Harun telah berkenan untuk memberi hadiah kepada Imam Asy-Syafi'e sebanyak 2000 dirham..... Hadiah itu diterimanya, lalu dibahagi-bahagikannya kepada para pelayan istana dan para pengawal...


No comments: