Saturday, June 9, 2012

Kisah Sayyid Qutb


Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Sayyid Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, ...serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah... Kemampuan beliau telah menyeret Regim Jamal Abdul Nasir (Mesir) pada ketika itu untuk bertindak ‘kejam’ merancang pembunuhan Mujahid Agung Islam ini.... 

Sayyid Qutb ditahan dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan mengguling kan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan.... dan dia telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.

Salah seorang polis yang bertugas menyiasat telah berkongsi cerita, bagaimana dia dan rakan-rakannya menyaksikan sendiri keteguhan iman Sayyid Qutb ketika di soal siasat dan juga ketika hari hukuman gantung dijalankan....


Ada banyak peristiwa yang tidak pernah kami bayangkan sebelum ini, tapi peristiwa yang satu ini  merubah total kehidupan kami.

Di penjara tentera pada saat itu, setiap malam kami menerima orang atau sekumpulan orang, laki-laki atau perempuan, tua mahupun muda....Semua mereka itu dikatakan adalah para pengkhianat negara yang telah bekerja sama dengan agen Zionis Yahudi..... Kerana itu, dengan cara apapun kami harus mengorek rahsia dari mereka.... Kami harus dapat membuat mereka membuka mulut untuk mengaku, walau dengan cara apa sekali pun, hatta dengan menimpakan siksaan keji pada mereka tanpa belas kasihan.

Jika tubuh mereka penuh dengan berbagai luka akibat pukulan dan sebatan, itu sesuatu pemandangan harian yang biasa. Kami melaksanakan tugas itu dengan satu keyakinan kuat bahawa kami sedang melaksanakan tugas mulia,  menyelamatkan negara dan melindungi masyarakat dari para "pengkhianat keji" yang telah bekerja sama dengan Yahudi hina.

Begitulah, hingga kami menyaksikan pelbagai peristiwa yang tidak dapat kami mengerti..... Kami menyaksikan para 'pengkhianat' ini sentiasa menjaga solat mereka, bahkan sentiasa berusaha menjaga dengan teguh 'Qiyamulail' setiap malam,.. dalam apa jua keadaan.... Ketika kami memukul dan menyebat mereka sehingga memecahkan daging tubuh mereka,... mereka tidak berhenti untuk mengingati Allah.... Lisan mereka sentiasa berzikir walau tengah menghadapi seksaan yang berat.

Ada di antara mereka yang pulang menghadap Allah (mati) ketika sedang didera, atau ketika sekawanan anjing lapar merobek daging punggung mereka.... Tetapi dalam keadaan genting seperti  itu pun, mereka menghadapi maut dengan senyum di bibir, dan lisan yang selalu basah mengingat nama Allah.Kami mula ragu-ragu,.... apakah benar orang-orang ini adalah sekawanan 'penjahat keji' dan 'pengkhianat'?..... Bagaimana mungkin orang-orang yang teguh dalam menjalankan perintah agamanya adalah orang yang bekerjasama dengan musuh Allah ?Maka kami secara rahsia bersetuju, untuk  tidak menyakiti orang-orang ini lagi, serta memberikan mereka bantuan apa saja yang dapat kami lakukan....  

Dengan izin Allah, tugas kami di penjara tentera tersebut tidak berlangsung lama. Tugasan kami yang terakhir di penjara itu adalah menjaga sebuah sel di mana di dalamnya dipenjarakan seseorang..... Kami diberi tahu bahawa orang ini adalah yang paling berbahaya dari kumpulan 'pengkhianat' itu..... Orang ini adalah pemimpin dan perancang seluruh kejahatan terhadap negara..... Namanya Sayyid Qutb.

Orang ini barangkali telah mengalami seksaan yang sangat berat hingga ia tidak mampu lagi untuk berdiri. Mereka harus menyeretnya ke Mahkamah Tentera ketika ia akan dibicarakan.... Suatu malam, keputusan yang ditunggu-tunggu telah sampai untuknya, dan ia harus dihukum mati dengan cara digantung.

Malam sebelum hukuman gantung dijalankan,.. seorang Sheikh dibawa menemuinya, untuk mentalqin dan mengingatkannya kepada Allah,.... sebelum dilaksanakan, Sheikh itu berkata, "Wahai Sayyid, ucapkanlah Laa ilaha illa Allah ...". 
Sayyid Qutb hanya tersenyum lalu berkata, "Sampai hati juga engkau wahai Sheikh, menyempurnakan seluruh sandiwara ini? Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat Laa ilaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan Laa ilaha illa Allah ".

keesokan harinya, kami membawanya ke tempat penggantungan yang dikawal oleh beberapa kereta perisai dan pasukan tentera bersenjata lengkap.Para pegawai tentera telah menyiapkan segala hal termasuk memasang  tiang gantung untuk setiap tahanan.... Seorang tentera eksekutor meletakkan tali gantung ke leher Beliau dan para tahanan lain.... Setelah semua siap, seluruh petugas bersiap menunggu perintah pelaksanaan. 

Di tengah suasana 'maut' yang begitu mencemaskan dan menggoncangkan jiwa itu, kami menyaksikan peristiwa yang mengharukan dan mengagumkan. ....Ketika tali gantung telah mengikat leher mereka, masing-masing saling berpesan-pesan kepada saudaranya, untuk tetapkan iman dan bersabar, serta menyampaikan khabar gembira,.... saling berjanji untuk bertemu di Syurga, bersama dengan Rasulullah tercinta dan para sahabat baginda.... mereka kemudian mengakhiri dengan pekikan, "ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD!" kami tergetar mendengarnya.

Di saat yang genting itu, kami mendengar bunyi kereta datang..... pintu bilik dibuka dan seorang pegawai tentera peringkat tinggi datang dengan tergesa-gesa sambil memberi arahan agar pelaksanaan hukuman ditunda. 
Pegawai tinggi itu mendekati Sayyid Qutb, lalu memerintahkan agar tali gantungan dilepaskan dan tutup mata dibuka..... Pegawai itu kemudian menyampaikan kata-kata dengan bibir bergetar, "Saudaraku Sayyid, aku datang bersegera menghadap anda, dengan membawa berita gembira dan pengampunan dari Presiden kita yang sangat pengasih. Anda hanya perlu menulis satu kalimat saja supaya anda dan seluruh teman-teman anda akan diampuni ".

 
Pegawai itu tidak membuang-buang waktu, ia  mengeluarkan sehelai kertas kecil dari poket bajunya dan sebuah pen, lalu berkata, "Tulislah Saudaraku, satu kalimat saja ... Aku bersalah dan aku minta maaf ..." 

Hal yang serupa pernah terjadi ketika Sayyid Qutb dipenjara,... ketika itu adiknya Aminah Qutb membawa mesej dari rejim thoghut Mesir, meminta agar Sayyid Qutb sekadar memohon maaf secara bertulis kepada Presiden Jamal Abdul Naser, maka ia akan diampuni.... Sayyid Qutb mengucapkan kata- katanya yang terkenal, "Telunjuk yang sentiasa mempersaksikan keesaan Allah dalam setiap solatnya, menolak untuk menuliskan barang satu huruf penundukan atau menyerah kepada rejim thoghut ...".  

Sayyid Qutb menatap pegawai tinggi itu dengan matanya yang sayu.... Satu senyuman terukir di bibirnya. Lalu dengan sangat berwibawa Beliau berkata, "Tidak akan pernah ! Aku tidak akan pernah bersedia menukar kehidupan dunia yang fana ini dengan Akhirat yang abadi ".Pegawai itu berkata, dengan nada suara bergetar kerana rasa sedih yang mencengkam, "Tetapi Sayyid, itu ertinya kematian ..."Sayyid Qutb berkata tenang, "Selamat datang kematian di Jalan Allah ... sesungguhnya Allah Maha Besar!" 

Kami  menyaksikan seluruh episod ini, dan tidak mampu berkata apa-apa. Kami menyaksikan satu susuk tubuh manusia yang kerdil berdiri mempertahankan iman dan keyakinannya yang sebesar gunung. Dialog itu tidak dilanjutkan, dan Pegawai tinggi itu memberi tanda eksekusi untuk dilanjutkan...
 
Mereka mengucapkan sesuatu yang tidak akan pernah kami lupakan untuk selama-lamanya ... Mereka mengucapkan, "Laa ilaha illah Allah, Muhammad Rasulullah ..."Sejak hari itu, kami berjanji untuk bertaubat, takut kepada Allah, dan berusaha menjadi hambaNya yang soleh. kami sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia mengampuni dosa-dosak kami, serta menjaga diri kami di dalam iman hingga akhir hayat....
  
...Pada pagi Isnin 29 Ogos 1966..... Sayyid Qutb digantung bersama rakan-rakan seperjuangannya didalam Ikhwanul Muslim iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail....

1 comment:

Lenggang Kangkung said...

http://artikelpengusahamuslim.blogspot.sg/2013/05/bahaya-pemikiran-sayyid-quthb.html

http://taipingmali.blogspot.sg/2011/03/kenali-syed-qutb-dan-khawarij-ahlu.html

http://hafizhandasah.blogspot.sg/2009/09/siapa-dia-sayyid-qutb.html