Thursday, May 10, 2012

Si Buta dan Kolam Sepi

Benih2 katak bertebaran di muka air,
sambil lumut2 hijau membentuk koloni didasar kolam,
Ikan keli yang dulunya merayau2 memikat tumpuan,
telah mati dituba pengail ikan Haruan,
Kolam itu sepi tanpa hidupan berenang dalam kumpulan,
Kolam itu sepi tanpa genang air dipermukaan,

Ribuan jentik2 dan alga liar kini bertaburan,
mencipta derita bagi mata yang memandang,
menghancurkan jiwa yang cintakan keindahan
melukakan hati yang impikan ketenangan,

Datang lalu pengemis buta yang hilang arah tujuan,
Hilang punca kerana tongkat patah tersepit dicelah2 besi penghalang,
Sambil ditangan, beg plastik besar berisi kerepek ubi untuk jualan
Berjalan tanpa tahu hari siang atau malam
Berjalan tanpa tahu ada bahaya akan datang,
Kolam sepi yang tadinya keruh dan menyeramkan
Berkocak airnya kerana jatuh sibuta yang tergelincir terpijak botol kaca yang bersepah2 sepanjang laluan,
terlepas barang dagangan, kuyup basah seluar dalam,
mujur tak lemas kerana kolam separas pinggang,

Mendaki hingga ke tanah tinggi,
mengusap ubun2nya yang melekat sampah
tersedar seliparnya hilang sebelah kiri, tersedar dompetnya hilang sekali.
Keluhnya cuma pada diri sendiri,
Mungkin iman sedang diuji,
mungkin takdir belum rezeki,

Laung Azan sayup2 dikejauhan,
berpaling kepalanya ikut arah bunyi, sambil berdiri beransur pergi,
tinggalkan dugaan sebentar tadi, menjadi penghuni baru kolam sepi

No comments: