Thursday, May 10, 2012

Maghrib dikaki Senja

Redup petang itu telah tiba ke penghujungnya,
sambil senja melakar senyuman, menanti datangnya awal malam,
Duduk aku di anjung itu,.... termenung melihat dada alam
sambil berfikir dalam-dalam

Semalam menidakkan aku yang berjuang dalam masa,
Hari ini mengiakan aku yang berjaya mencuri waktu,
mungkin esok nasib tidak menyebelahi aku, tapi itu belum tentu..
Harapan tetap ada, bagi yang berserah tidak jemu-jemu,

Rebah sendi yang tegap berdiri, akibat tergelincir dosa sendiri,
Tumbuh harapan dalam diri, kerana pahala berdikari.
Semalam aku kecundang dalam ada,
Hari ini aku berjaya dalam tiada.......

Sujud aku sebentar tadi bukan untuk mencari ketenangan dalam duka,
tapi kerana aku percaya Dia ada.


No comments: