Friday, May 11, 2012

Istilah dalam Majlis


1. USRAH
Usrah bermaksud sebuah keluarga...Perkataan usrah yang kita gunakan di Malaysia biasanya merujuk kepada satu majlis yang diketuai oleh seorang yang dilantik, dan dianggotai oleh beberapa individu antara 5 ke 10 orang. Kebiasaannya ketua usrah akan menyampaikan nasihat tertentu kepada anak usrah.... Mereka duduk dalam bulatan. Ada kalanya ketua usrah akan meminta anak usrah memberikan pendapat mereka berkenaan beberapa isu. 

2. TA'LIM
Ta'lim jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud 'Pembelajaran'. Majlis Ta'lim yang biasa disebut oleh kebanyakan jemaah merujuk kepada Majlis Ilmu atau ceramah agama.

3. MUZAKARAH
Muzakarah dari segi bahasa bermaksud 'Mengulangkaji Pelajaran'.... Dalam masyarakat Islam di Malaysia, Muzakarah ini biasanya merujuk kepada majlis perjumpaan para ulama bagi membincangkan sesuatu isu... terutamanya berkenaan masalah semasa yang dihadapi oleh umat.

4. TAZKIRAH
Tazkirah jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud 'Peringatan'. Tazkirah merujuk kepada kata-kata nasihat yang dilakukan secara ringkas oleh penceramah.

5. MUKTAMAR
Satu perhimpunan besar-besaran yang dilakukan oleh sekumpulan manusia. Contohnya, muktamar para ulama sedunia dan sebagainya.
 
6. MUHASABAH
Muhasabah bermaksud 'Menilai Kelemahan dan Kekurangan diri' bagi tujuan untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

7. TAFAKKUR
Tafakkur bermaksud 'Memikirkan sesuatu secara mendalam, sistematik dan terperinci'.... Kita disuruh agar memikirkan segala kejadian ALLAH bagi menambahkan iman di dada. Tetapi kita dilarang memikirkan tentang zat ALLAH kerana perbuatan itu boleh membawa kepada kesesatan...dan silap-silap boleh jadi gila.

8. MUSYAWWARAH
Meminta pendapat orang lain dalam sesuatu perkara. Para pemimpin digalakkan meminta pendapat orang bawahannya dalam sesuatu masalah agar dapat mencari jalan penyelesaian yang baik buat seluruh umat.

9. TABLIGH
Tabligh berasal dari perkataan 'Balagha' yang bermaksud 'Menyampaikan'. Tabligh adalah salah satu sifat wajib bagi para rasul... ALLAH mewajibkan mereka menyampaikan kepada umat manusia bahawa hanya kepada ALLAH sahaja tempat mereka beribadah dan jangan sekali-kali mensyirikakkan-Nya.
Hari ini banyak kita jumpa jemaah2 Tabligh yang menyambung usaha Nabi dalam dakwah, dengan cara menyampaikan kepada orang awam disekeliling mereka...


No comments: