Friday, May 11, 2012

Gambaran Akhirat - Kitab Aqidatun Najin (part 1)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga,..maka  seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat... Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhir sekali nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati,..maka  Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ?!!! " Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan akan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun keadaan sepi... kemudian Malaikat Israfil a.s. dihidupkan semula,dan  seterusnya diperintahkan meniup sangkakala untuk kali ke-2, ..lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi,.. berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit dihamparkan seluas-luasnya..

Dan Sekelian manusia dihidupkan semula melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka...maka hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang bulat dan hina... Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut, cemas dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak... Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar... 

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),... berjalan kaki (bagi yang kurang amalan)... dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa)... Ketika itu, ibu akan lupakan anaknya, suami akan lupakan isterinya,.. setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka sendiri.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya... Maka berlakulah huru-hara yang amat dahsyat... Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang Berdentum, lalu turunlah malaikat2 sambil bertasbih kepada Allah SWT... Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda... sehingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka... Ulama berkata, jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat,  nescaya seluruh bumi akan terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.

Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan... Timbul atau tenggelamnya mereka bergantung pada amalan masing-masing ketika didunia.... Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Disana nanti terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW yang bernama telaga Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja... Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.... Jika diminum airnya, tidak akan haus selama-lamanya. Kolam itu berbentuk segi empat tepat, sebesar satu bulan perjalanan... Bau air kolam itu lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.. Ia mempunyai saluran yang mengalir terus dari syurga.

Semua makhluk berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy (Kerajaan Allah)... Mereka ialah :
  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  • Orang yang terikat hatinya dengan masjid.
  • Orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Orang yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  • Orang yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
  • Orang yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
...........bersambung

No comments: