Friday, May 11, 2012

Gambaran Akhirat - Kitab Aqidatun Najin (part 2)

....Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia bingung tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,.. kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam a.s ...tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT... Lalu diperkenankan doa baginda... Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk, kerana mereka sangka azab yang dasyat akan turun... Lalu terbelah langit, dan turunlah Arasy (Kerajaan Allah) yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat2 besar  sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi Masyar.

'Arasy' Allah ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar dan gagah....ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya... Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat..dan Kursi (Singgahsana Allah),iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar... Saiz Kursi Allah lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang ... ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana ketakutan. Lalu dimulakan timbangan amal... Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab... Kitab amalan ini lah yang telah ditulis oleh malaikat Hafazhah, Kiraman katibin, Raqib dan 'Atid.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing... Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim... dan setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan... Umat yang pertama sekali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan.. lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin...

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun... Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa...

Acara timbang ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan Nabi2 yang lain untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab... Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang...Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan penipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Dalam surah Yassin, Allah berfiman : 

 

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yassin 36:65) 

No comments: