Sunday, July 15, 2012

Kelebihan Solat Sunat




Allah SWT menciptakan Malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat, Setelah selesai kejadiannya Jibrail A.S memandang dirinya sendiri dan berkata,

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku...?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail A.S berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah SWT..... dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail melakukan solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,

" Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,... dan tidak akan ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,... akan tetapi di akhir zaman nanti, akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.... Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,....sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka lakukan dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, dengan fikiran mereka melayang-layang.... Maka demi kemuliaan Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.... Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah Ku."

Kemudian Jibrail A.S bertanya, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka ?"
 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal bagi mereka…"

Kemudian Jibrail A.S meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
 
Setelah Jibrail A.S mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,.... setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan sejauh 3000 tahun, maka terbanglah malaikat Jibrail selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT,... lalu ia berkata dalam sujud,

" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh separuh jarak perjalanan, atau sepertiganya, atau seperempatnya ? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun sekalipun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu  kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada se-persepuluh dari apa yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….."
 

No comments: