Monday, July 16, 2012

Bacaan Talkin

                            
Maha suci Tuhan yang bersifat dengan Baqa’.... Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,... Maha suci Tuhan yang menjadikan kehidupan dan kematian,... untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa diantara hambanya...

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
 
Ingatlah !! Bahawa sekalian makhluk Allah pasti akan binasa,...melainkan zat Allah SWT...

Wahai Fulan ibn Fulan, !!... wahai Fulan ibn Fulan, !!... wahai Fulan ibn Fulan, !!.... hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dengan kamu dari dunia ini.... Sekarang kamu telah masuk menuju ke negeri Akhirat...... Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu adalah Pesuruh Allah.

Kamu  sekarang sedang berada di sempadan akhirat...  tinggallah kamu di sini sehingga hari kiamat.....Bahawasanya hari Kiamat tetap akan datang, dan  Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.....  

Hari ini, terputus sudah segala kemewahan bagi kamu,.... terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu....dan  terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara.. Sedekah jariah yang kamu berikan dengan seikhlas hati kerana Allah....Ilmu manafaat yang kamu ajarkan di dunia,... dan anak-anak yang akan mendoakan bagi kamu.

Ingatlah wahai Fulan ibn Fulan, apabila datang kepada kamu Dua malaikat yang akan bertanya akan diri kamu, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati 

....Ketahuilah wahai Fulan ibn Fulan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu juga  hamba dan makhluk Allah SWT seperti kamu.... 
Mereka akan menyoal kamu. ..Siapakah Tuhan kamu?...Siapakah Nabi kamu?... Apakah agama kamu?... Apakah kiblat kamu?... Siapakah saudara kamu?... Apakah pegangan iktikad kamu?.... Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama dengan kamu ?...

Di masa itu hendaklah kamu jawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang dan jelas.... Janganlah berasa gementar, dan janganlah bergopoh-gapah, jawab lah dengan berhati-hati.

Allah SWT Tuhanku,
....Muhammad SAW nabiku,....Islam agamaku,...kitab suci Al-Quran ikutanku,...Baitullah itu qiblatku, solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat serta mengerjakan haji, diwajibkan ke atas ku.... Semua orang Islam yang beriman adalah saudara ku,... hidup ku dan mati ku diatas kalimah  " La ila Ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai Fulan ibn Fulan,... tetapkanlah hatimu, inilah suatu dugaan yang paling besar.... dan Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Fulan ibn Fulan, sesungguhnya mati ini adalah benar,.. soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,.. bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,... berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,... dihisab dan dihitung segala amalan adalah benar,... syurga dan neraka adalah benar...
 
kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal ...Semoga Allah akan memberi sejahtera kepada kamu. 

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah  menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah ,... kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. 


No comments: