Monday, June 25, 2012

Kisah Saidina Uthman Ibn Affan


Saidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saidina Umar Al-Khattab R.A.... Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya (tahun Masihi 644 hingga 655)... Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang bermaksud "yang memiliki dua cahaya".... Sebab Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya, iaitu yang pertama Ruqayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar,... maka Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya pula dengan Umi Kalthum. 

Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW. terhadap Saidina Uthman R.A... ketika isterinya yang kedua (Umi Kalthum) itu pula meninggal, Rasulullah SAW. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuan ku lagi hai Uthman, tentu engkau akan aku ambil sebagai menantu lagi" .

Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam... Beliau datang dari suku puak Umaiyah.... suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW., 

Menurut catatan sejarah, Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam.... Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. kerana kemuliaan dan budi pekertinya.... Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut dan pemalu....  Rasulullah SAW. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman ".... 

Rasulullah SAW. kebiasanya tidak keberatan untuk menerima kedatangan para sahabatnya ke rumah dan baginda selalunya berpakaian yang biasa-biasa sahaja,.... tetapi apabila diketahui bahawa Saidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda akan mengenakan pakaiannya yang cantik-cantik sebagai tanda menghormati sahabatnya yang disegani  oleh para malaikat itu. 

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin,... Saidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia.... Saidina Uthman R.A. berserta isterinya Ruqayyah adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.... Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya di Mekah yang ditinggalkannya, kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah...

Sekembalinya beliau dari Abyssinia, beliau telah melakukan hijrah kedua pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah SAW. yang telahpun terlebih dahulu berhijrah ke kota tersebut.... 

Ketika berada di Madinah, Saidina Uthman R.A. telah memulakan perniagaan hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya.... Namun demikian beliau tidak sedikitpun teragak-agak untuk menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam... banyak sekali pengorbanan Saidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. 

Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan bekalan air bersih,... Pada saat itulah Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa diantara kamu yang mampu membeli sumur (kolam) Rooma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin...maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya didalam syurga ".... lalu Saidina Uthman Bin Affan tampil dan  membeli  kolam yang bernama 'Bir-Rooma' dari seorang Yahudi tersebut. 

Begitu juga ketika mana Masjid Madinah menjadi semakin sempit disebabkan semakin banyaknya orang yang datang bersembahyang di dalamnya,... Saidina Uthman telah membeli lima buah rumah yang sederet di samping tanah masjid itu untuk dibangunkan sebagai tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar.

Selain daripada pengorbanan harta benda, Saidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah SAW. dalam berbagai masalah..... Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasulullah untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. 

Saidina Uthman R.A. juga merupakan  seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. yang masyhur dengan sifat warak, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah,... Beliau juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an dari hal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh kerana rasa takutnya. 
 
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah selepas wafatnya Saidina Umar Al-Khattab... beliau telah dilantik oleh satu Majlis Syura yang terdiri dari enam orang para sahabat yang telah dipilih oleh Saidina Umar... beliau menyatakan kesanggupannya kepada Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai orang tengah.... 

Beliau dilantik menjadli Khalifah ketika berumur 70 tahun... seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahan,... amat berbeza sekali dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya,... mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah pada zaman pemerintahan. 

Pada zaman peinerintahan Saidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.... fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang awam.

Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama dari kaum keluarganya sendiri.... Mereka mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang dari ahli keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam.... Perbuatannya yang membiarkan ahli keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Madinah.

Selain daripada itu ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Saidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Islam pada masa itu.... Salah satu dari perkara-perkara itu ialah keputusannya membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam Bin Abi Al-As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah keluar dari Madinah kenana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah SAW.... dan Saidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayat baginda lagi, meminta supaya membenarkan bapa saudaranya itu kembali... tetapi Rasulullah SAW. tidak membenarkan permintaannya itu, perintah larangan itu berterusan hingga pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A.... dia tidak dibenarkan juga kembali.

Apabila Saidina Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah,... bukan hanya setakat itu sahaja, apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai yang menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. 

Saidina Uthman juga telah melantik anak Al-Hakam yang lain, bernama Marwan menjadi sebagai menteri kepadanya, dan perkara itu dikecam hebat oleh orang-orang Islam.... Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saidina Uthman.

Pemerintahan Saidina Uthman mula menempuh satu percubaan yang besar  dengan tumbuhnya fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.... ketika itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba' , seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.

Seorang sahabat yang tenkenal bennama Abu Dzar juga telah menentang hebat pemerintahan Saidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah  dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah yang memerintah kota Damshik (Syam)...  Abu Dzar telah termakan hasutan  Abdullah Bin Saba' lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah dan bukan kepunyaan orang-orang Islam,.... seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai.

Inilah antara hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba' kepada sahabat terkenal iaitu Abu Dzar yang memang berjiwa keras dan berani itu. Memandangkan bahaya dari pengaruh Abu Dzar itulah maka akhinnya Saidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Dzar Al-Ghifari dari orang ramai,... lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhir hayatnya... beliau (Abu Dzar) meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah. 

Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba' untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah.... Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa pun sebelum itu,... bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A..... 

Di Mesir,.. Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba'...perkara itu didorong oleh kerana pertalian kerabat antaranya dengan Saidina Ali R.A..... beliau ialah anak tiri kepada Saidina Ali Bin Abu Talib, yang beristerikan balu Saidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais (ibu Muhammad Bin Abu Bakar). 

Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba',.... Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh orang-orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun Ansar. 

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu telah membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah..... Bila mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah,.... maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.....Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya berjaya merempuh masuk, lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan.... 

Saidina Uthman mati terbunuh sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya pada tanggal 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah..... dan akibat dari kewafatannya itu maka bermulalah zaman-zaman yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam. 


3 comments:

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian ini ....dengan perkongsian ini saya dapat mengenali lebih lanjuut tentang sahabat nabi yg pemalu dan sopan orangnya...teruskan penulisan anda...<3

Unknown said...

Assalamualaikum, minta share ye, kisah ini banyak maklumat yang berguna yang boleh saya masukkan dalam assignment saya.

Nik said...

Berhati-hati dalam menceritakan kisah Khalifah Uthman. Terutamanya yang melibatkan sahabat2 Nabi saw. Sebarang kisah yang menunjukkan sifat buruk para sahabat adalah tidak benar dan telah secara zalim ditulis oleh puak Syiah iaitu Abu Mikhnaf dan Al Waqidi di dalam Al Tabari. Sahabat2 Nabi telah dimuliakan oleh Allah saw di dalam Al-Quran, justeru sebarang kisah yang menunjukkan para sahabat bertelingkah, caci maki antara mereka adalah bertentangan malahan Allah swt sudah pun redha dengan mereka (Surah Al-Fath:18). Abdullah bin Saba' dan pengikut2nya adalah pencetus utama fitnah di zaman Khalifah Uthman sehingga kepada pembunuhannya. Fitnah umat Islam terus melanda selepas itu dengan kejahatan Syiah.