Sunday, June 17, 2012

Kisah Iblis datang bertemu Rasulullah (Part 2)

Rasulullah SAW lalu bersabda "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu." 

Iblis segera menjawab " Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga ke hari akhir.... Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku ? ....Demi yang menciptakan diriku dan memberikan aku kesempatan hingga ke hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semuanya.... Baik yang bodoh, atau yang pandai, yang boleh membaca dan yang tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh... kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas. " 
Rasulullah kembali bertanya..."Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?" Iblis kemudiannya menerangkan " Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas... Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya..... Selama mana  seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan, dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. "
 
" Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak. Dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan... Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama... Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang-orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanta-wanita tua, dan sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid " ." Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur dan leka pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah... Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasainya "....

" Dulu ada seorang rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika.... Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur ".

" Tahukah kamu, wahai Muhammad ?... Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengar ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus...Aku juga punya anak yang suka berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia mengkhabarkan kepada manusia, maka  pahalanya akan terhapus ".

" Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya ".
 
Rasulullah dan para sahabat terus mendengar penjelasan dari Iblis, ...." Tahukah kau wahai Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta.... Pendusta adalah sahabatku.... barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku....Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.... Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (mengadu domba) pula adalah kesenanganku.... Kesaksian palsu kegembiraanku.... Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya, ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar..... Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan dirinya yang melafazkan masuk neraka hanya kerana satu kalimat, Cerai ".

 
" Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melengahkan solat... Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu nanti akan dipukulkannya ke mukanya..".
 
" Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat... Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kanan', ia pun menoleh.... Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'sembahyang kamu tidak sah ".
 
" Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras " . 
" Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam.... Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai ". 
" Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat... Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia... Dan ia pun semakin taat padaku ".

" Kebahagiaan apa untukmu, sedangan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, "kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat. "Ia pun mati dalam kekafiran.
Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan ".

...bersambung


No comments: