Saturday, May 12, 2012

Sifat dan Fizikal Rasulullah

Telah diriwayatkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali (RA). katanya:... Pernah aku bertanya Bapa saudara ku, Hind bin Abu Halah (dari sebelah ibu) , dan aku tahu beliau memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW,.. maka dia berkata:

"...Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung dan senantiasa diagungkan,... wajahnya berseri-seri layak bulan purnama di malam hari, tingginya cukup tidak terlalu ketara, juga tidak terlalu rendah, dadanya bidang,... rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang,.... dan memanjang hingga ke tepi telinganya,... lebat,..dan hitam warnanya.

Dahinya luas,.. alis matanya lentik halus terpisah di antara keduanya,... bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum...., hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya di atasnya,.... janggutnya lebat,.... kedua belah anak matanya hitam,.... kedua belah  pipinya lembut dan halus,.... mulutnya tebal,.... giginya putih bersih dan jarang-jarang.

Di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus..., tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana,.... berbadan besar lagi tegap,.... rata antara perut dan dadanya,... luas dadanya, lebar antara kedua bahunya,... tulang belakangnya besar, kulitnya bersih,... antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus,... pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu,... sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula.

Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging..., panjang hujung jarinya,... rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan,... dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang yang menyombongkan diri), ...Baginda melangkah satu-satu dan perlahan-lahan,.... langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang,... bila menoleh, Baginda akan menoleh dengan semua badannya,.... pandangannya sering ke bumi, kelihatan seolah baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, ..... jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, dan selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya,... Baginda selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Al-Hasan bin Ali (RA)  bertanya lagi kepada Hind bin Abu Halah :..." Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaan Baginda Rasulullah....
Jawab Bapa saudaranya... " Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih,... sentiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan dan  banyak diamnya,....Baginda memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva,.... kata-katanya penuh mutiara manikam, amat jelas kalimatnya,.... tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri,..... senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil,.... tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya,....

Baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya.... Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya,... bila mengisyarat, diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, ....dan bila baginda merasa takjub, dibalikkan telapak tangannya,..... dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,..... dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya,.... kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan ...." Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku.... Kemudian aku berbicara mengenainya kepada adik ku Al-Husain bin Ali (RA).... dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan kepada Bapa Saudara ku...Hind bin Abu Halah tentang apa yang aku tanyakan itu..... Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW.


No comments: