Saturday, May 12, 2012

Kisah Asiff Bin Barqiya


 





...Nabi Sulaiman berkata pula kepada golongan bijak pandainya "Wahai pegawai-pegawai ku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana Ratu Balqis,... sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". 

 Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (An-Naml : 38-40)

------------------------------

Siapakah dari golongan bijak pandai Nabi Sulaiman yang berjaya membawa istana Ratu Balqis itu..?????

Beliau ialah 'Asiff Bin Barqiya' seorang ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.

Cara Asiff memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asiff hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asiff tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.

Niat yang didetikkan oleh Asiff sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.

Dalam kitab Lum’atul Aurad   ada membahaskan bahawa ketika Asiff berniat ‘menghadirkan’ istana Balqis, Asiff telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah “Yaa zaljalaa..liwal ikram…”.

Ulama’-ulama’ tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat yang dimiliki Asiff adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). keramat Asiff sudah berada di puncak tasawuf yang dinamakan capaian akhir “Kun fayakun”.

No comments: