Thursday, August 30, 2012

Kisah Bal'am Bin Ba'ura



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. - (Al-A'raaf :175 - 176)


Nabi Muhammad SAW telah diminta untuk mengaitkan kisah seorang wali di kalangan bangsa Israel untuk menunjukkan bagaimana seorang ulama yang setia dan pemimpin spiritual yang besar telah dilucutkan semua pengetahuan, kebijaksanaan, dan kemasyhurannya hanya kerana mengikuti hawa nafsu duniawi . 

Tidak ditemui sebarang pengenalan peribadi kerana namanya tidak disebut didalam Al-Quran... walau bagaimanapun,  banyak kisah dilaporkan oleh pentafsir Al-Quran dan para sahabat dan pengikut mereka yang memberikan pelbagai maklumat mengenai beliau.... yang paling sahih dan dipercayai oleh majoriti ulama adalah kisah yang dilaporkan oleh Ibn Marduwaih kepada Abdullah ibn Abbas.

Nama lelaki itu ialah Bal'am bin Ba'ura.... Beliau berasal dari Syria, dan hidup didaerah Kana'an berhampiran Jerusalem.... Menurut cerita, beliau adalah dari keturunan bani Israel.... dan beliau mempunyai pengetahuan tentang kitab-kitab dan nama-nama Allah....

Kisah ini terjadi  selepas kematian Firaun dan kaumnya , .... Allah menyuruh Nabi Musa (AS) dan kaumnya untuk menentang seorang pemerintah yang dipanggil Jabbarin.... Jabbarin  dan rakyatnya  datang menemui Bal'am dan berkata bahawa Nabi Musa (AS) telah datang dengan tenteranya yang besar untuk mengusir mereka dari tanah mereka.... Oleh itu, beliau harus berdoa kepada Allah minta supaya Nabi Musa dan tentera-tenteranya  menemui kesesatan...

Bal'am bin Ba'ura dikenali umum sebagai seorang yang mempunyai doa yang makbul.....Bal'am berkata kepada mereka bahawa Musa adalah nabi Allah,dan dia tidak boleh berdoa terhadapnya..... Beliau berkata bahawa dengan berdoa terhadapnya dia akan merosakkan dirinya  di dunia ini dan diakhirat... Bal'am berjanji kepada Jabbarin, bahawa dia  akan cuba mendapatkan keizinan Allah bagi apa-apa doa, dan dalam hal ini beliau memerlukan sedikit masa...

Allah membenarkan beliau berdoa terhadap Musa tetapi Allah melarang berbuat demikian .... Dia datang kepada Jabbarin dan memberitahu tentang larangan itu.... Jabbarin menawarkan hadiah berupa kekayaan jika doanya diterima...dan dalam masa yang sama Jabbarin juga telah menghasut isteri Bal'am supaya meminta suaminya itu berdoa bagi pihak dirinya dan rakyat jelata... Isteri Bal'am  telah menasihati beliau untuk menerima hadiah itu, dan meminta dia supaya berdoa sebagai bukti cintanya kepada dia.... akibat dibutakan oleh kekayaan dan  cinta isterinya, dia mula berdoa terhadap Nabi Musa (AS) dan kaumnya...  

Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa (AS)... doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu tempat yang bernama Teh (sekarang semenanjung Sinai) selama 40 tahun.....Satu perkara yang luar biasa berlaku pada majlis doa itu.... Dengan kehendak Allah,  kata-kata yang Bal'am hendak ucapkan menentang Nabi Musa (AS) dalam doa beliau, telah diucapkan terhadap rakyat Jabbarin sendiri.... Mereka berseru dan mengingatkan beliau bahawa dia telah memohon terhadap diri mereka sendiri.... Bal'am berkata bahawa dia tidak dapat menyebut perkataan terhadap Musa (AS) dan bahawa dia tidak mempunyai kawalan ke atas ucapan-ucapan itu. 

Kesesatan yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa(AS) bertanya kepada Allah SWT, “ Ya Allah, apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Lembah Teh ini ?”

Allah SWT menjawab, “ Hai Musa.... ia berpunca dari doa Bal’am yang telah aku kabulkan..”

Nabi Musa berkata lagi kepada Allah, “Ya, Allah.... sepertimana kamu mendengar dan mengabulkan doa Bal’am terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am ”

Lalu, Nabi Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya.. Akibat dari doa Nabi Musa,... Bal'am  telah ditimpakan kehinaan oleh Allah, lidahnya terjelir keluar dari mulut sehinggakan ia teruntai pada dadanya...dan ia menemui ajal dalam keadaan kufur dan hina... Bal'am telah merosakkan hidupnya  di dunia ini dan diakhirat... 

Monday, August 6, 2012

Merokok perbuatan Haram


 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur, antara lainnya membincangkan tentang Pengharaman Rokok.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia tentang pengharaman rokok ialah dari Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz dan juga Fatwa Al-Azhar yang terdahulu dari Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar), dan Fatwa Dr.Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar).

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1.  menjejaskan akal (mental)
2.  membahayakan kesihatan fizikal
3.  membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  membahayakan keturunan
5.  mengganggu manusia lain.
6.  menimbulkan akhlak buruk
7.  mensia-siakan waktu hidup
8.  bercanggah dengan maruah islam
9.  membazirkan harta (wang)
10.mengandungi dadah dan racun (nikotin)

Rokok adalah agenda sulit orang-orang Yahudi,.. mereka memiliki semua kilang-kilang Rokok didunia,.. mereka menaja penyelidikan, dan menerapkan propaganda supaya rokok itu kelihatan sebagai satu gaya hidup.. padahal mereka sendiri tidak merokok...

Ulama'-Ulama'  telah sepakat mengharamkan rokok,... tetapi masih ramai umat islam yang masih merokok... 

Kajian menerusi kitab-kitab Fekah, dan menyusuri cerita para-para Nabi, para Sahabat, serta alim-alim Ulamak dan para-para Sufi... TIDAK ADA KENYATAAN  melalui Hadis, Sunnah dan penceritaan semula kisah tentang mereka menghisap rokok...!!

Sunday, August 5, 2012

Lailatul Qadr


Lailatul Qadr,.....Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan.... Malam terkumpulnya keseluruhan Al-Quran di Loh-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun.... Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam satu surah Al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah Al-Qadr.



[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadr,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadr itu?
[3] Malam Lailatul-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Pada malam tersebut dengan izin Allah, Jibril dan para malaikat akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Ta'ala.... Para malaikat akan mendoakan umat yang bermunajat dan mengaminkan doa-doa mereka.

Itulah kelebihan umat Muhammmad SAW... diampunkan dosa-dosanya pada malam Al-Qadr... Allah menerima dan memakbulkan permintaan dan harapan orang-orang yang berdoa untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezeki yang berkat, ilmu yang bermafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya...

Sinaran matahari pada esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Al-Qadr.

Ketahuilah....Membaca satu ayat Al-Quran pada malam Al-Qadr lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh Al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain nya.