Tuesday, June 26, 2012

Kisah Saidina Umar dengan Fakir Miskin


Khalifah Umar Al-Khattab R.A, sering melakukan siasatan sendiri untuk mengetahui keadaan rakyat jelata dibawah kerajaannya..... Suatu malam, beliau telah terdengar tangisan kanak-kanak daripada sebuah rumah kecil di hujung desa.... Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk.... Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”

Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali... walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....  

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,... Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu,.... lalu dia bertanya kepada ibu tua itu,  “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”

“Hal ini kerana mereka sangat lapar..” Jawab si ibu.
“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar bertanya lagi.
“Tidak ada makanan.... Periuk yang saya masak dari tadi hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak.... Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....” Jawab ibu tua itu.

“Apakah ibu sering berbuat begini ?”  Tanya Umar ingin tahu.
“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

“Mengapa ibu tidak meminta bantuan daripada Khalifah ?... Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” Jawab si ibu... 
Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi, “ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.
“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...” Umar langsung menangis mendengar keluhan wanita tersebut

Saidina Umar telah kembali ke Madinah menuju ke Baitulmal.... Beliau sendiri yang telah mengeluarkan makanan daripada Baitulmal dan membawanya pada malam itu juga ke rumah ibu tua tersebut tanpa bantuan orang lain...

Ibu tua tersebut menyatakan terima kasih yang tidak terhingga dan mengatakan kepada Saidina Umar,.... " sepatutnya kamu lah yang layak menjadi khalifah ".... dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

Keesokannya Saidina Umar  telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya... Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.....

Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak  MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak.


No comments: