Thursday, June 28, 2012

Kisah Saidina Umar Memeluk Islam

   

...Pada suatu malam Umar Al-Khattab datang ke Masjidil Haram secara sembunyi-sembunyi untuk mendengarkan bacaan ketika selesai sembahyang oleh Rasulullah SAW... Waktu itu Rasulullah membaca surat Al-Haqqah.... Umar kagum dengan Susunan kalimah ayat Al-Quran itu, lantas dia berkata pada dirinya, " Barangkali ini adalah syair sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Quraisy."  

Kemudian beliau mendengar Rasulullah membaca ayat 


Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan) tetapi sayang amatlah sedikit kamu beriman. (Al-Haqqah : 41)

Terkejut Umar bila mendengarkan ayat itu,...seolah-olah Rasulullah sedang berbicara dengan hati kecilnya yang tersembunyi,... lantas Umar berkata, " kalau Begitu... berarti Muhammad ini adalah seorang dukun yang hebat "... Kemudian beliau mendengar pula bacaan Rasulullah pada ayat 42, (Yang menyatakan bahwa Al-Quran bukan perkataan dukun.) 



Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang dukun (sebagaimana yang kamu katakan) tetapi sayang amatlah sedikit kamu mengambil peringatan (Al-Haqqah : 42)

Umar menjadi semakin buntu....hati kecilnya semakin terpesona.... tetapi karena kuatnya adat jahiliyah, dan ketaksuban terhadap agama nenek moyangnya,... maka dikeraskan hatinya untuk terus memusuhi Islam.

Keesokkannya, beliau menghadiri satu mesyuarat ketua kaum-kaum Quraisy di Kota Mekah bagi membincangkan masalah agama baru yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW...Mereka telah mencapai kata sepakat untuk membunuh Rasulullah bagi mengelakkan agama nenek moyang mereka dari ditinggalkan oleh penduduk-penduduk Mekah... Umar Menawarkan diri untuk membunuh Rasulullah, dan tawarannya itu mendapat sokongan sebulat suara oleh ketua-ketua kaum Quraisy...
 
Pada hari yang telah ditetapkan, Umar telah keluar dengan menghunus pedangnya untuk membunuh Rasulullah....langkahnya bengis dan orang yang memerhati geraknya boleh mengandaikan, pasti akan berlaku pergaduhan dan pembunuhan...

Dalam perjalanan, beliau Bertemu dengan Abdullah An-Nahham Al-‘Adawi, Seorang laki-laki dari Bani Zuhrah....(ada setengah riwayat mengatakan Saad bin Abi Waqqas)..... Lelaki itu berkata kepada Umar, " Mau kemana wahai Umar ? " Umar menjawab, "Aku Ingin pergi membunuh Muhammad." Lelaki tadi berkata, " Bagaimana kamu akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad ?" ..mendengar ucapannya itu, Maka Umar menjawab, " Tidaklah aku melihatmu lebih daripada seorang musuh yang telah meninggalkan agama nenek moyangnya."  

Lelaki tadi memberanikan diri dan menjawab, " kalau begitu saudara perempuan dan ipar mu juga telah menjadi musuh bagi kamu..., Hai Umar Sesugguhnya saudara perempuan mu dan ipar mu telah meninggalkan agama yang nenek moyang kamu yakini...
 
Seperti ditebang batang lehernya....Umar bergegas kerumah adiknya (Fatimah) untuk mendapatkan kepastian tentang berita itu...Ketika menghampiri rumah adiknya... Umar terdengar suara seseorang sedang mengajar Al-Quran,...Ketika itu Khabab bin Al-Arat....sedang mengajarkan Al-Quran kepada Fatimah (adik Umar) dan Iparnya (Said bin Zaid) ....Umar mengetuk pintu dengan penuh kemarahan..

Mengetahui kedatangan Umar,... Khabab menjadi cemas dan lari bersembunyi. Umar masuk ke rumah adiknya dan menanyakan suara yang didengarnya sebentar tadi.... Kemudian adik perempuan Umar dan suaminya berkata, " kami sedang berbual-bual dan....seketika kamu datang dan mengetuk pintu..." Umar lantas berkata, " Apakah benar berita yang aku dengar dari jalan sebentar tadi....Apakah kamu telah meninggalkan agama nenek moyang kita..? "... Fatimah menjawab, " wahai Umar, apa pendapatmu Jika Kebenaran itu bukan berada pada agama nenek moyang kita ?" Mendengar perkataan tersebut Umar terus memukul adiknya hingga luka dan berdarah, Suaminya (Said) cuba membantu dan menenangkan Umar,..tetapi dia juga turut dibelasah oleh Umar sehingga cedera kedua-duanya.... 

" Hai Umar, biar apa pun yang akan terjadi, kami akan tetap berada dalam agama yang dibawa oleh Muhammad...Bunuh lah kami jika itu dapat memuaskan hati kamu.." rintih Fatimah,... sambil memeluk suaminya (Said) yang terbaring berlumuran darah..
 
Umar seperti tidak percaya terhadap tindakan yang telah dilakukan keatas Adik dan iparnya....Dia berasa begitu menyesal dan kecewa diatas tindakaannya yang melampaui batas itu...

Kemarahan Umar semakin reda.... dia kemudiannya meminta maaf kepada Fatimah dan adik Iparnya....Kemudian dia terlihat segulung lembaran yang sedang di pegang oleh adiknya Fatimah....Umar lantas bertanyakan tentang lembaran itu, " Apakah lembaran yang ditangan mu itu...? berikan kepada ku...aku ingin mengetahui apakah kandungan isinya ".

Fatimah berkata, "Hai Umar....tubuh kamu Kotor, dan tidak boleh menyentuh lembaran ini,... kecuali bagi orang yang bersuci.... Mandilah dan sucikanlah diri mu terlebih dahulu !.." 

Umar lantas membersihkan dirinya dan setelah itu datang semula meminta lembaran itu dari adik perempuannya...Fatimah agak keberatan untuk memberikannya, tetapi setelah dipujuk...Fatimah telah memberanikan diri untuk memberikan lembaran yang mengandungi isi Surah Taha itu kepada Umar...



Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah, (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.(Taha : 1 - 5)

Sendi Umar menjadi lemah dan bergetar,...dia terpegun dengan isi kandungan Surah Taha...hatinya menjadi semakin sayu dan hiba...ketika itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menyentuh jiwanya.. Umar meneruskan lagi bacaan sehingga sampai pada ayat

A014

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha : 14)

Ketika itu air mata sudah membasahi pipi Umar...."Bawa kan aku kepada Muhammad..

Bila mendengar perkataan Umar itu, Khabab yang sedang bersembunyi ketika itu memberanikan dirinya untuk keluar dan berkata, " wahai Umar!  engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah ....'Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar Al- Khatthab atau Abu Jahal (Amru) bin Hisyam. '

Ketika itu, Rasulullah berada di rumah seorang sahabat di daerah Shafa, baginda dikelilingi oleh para sahabat dan salah seorang darinya ialah Saidina Hamzah Abdul Mutalib..... Umar datang dengan pedangnya dan menuju ke rumah tersebut,....

Menyedari kedatangan Umar,...Saidina Hamzah memandang Rasulullah dan kemudian berkata,  " Jika kedatangan nya bertujuan baik kami akan mengizinkannya.... Tetapi jika dia datang dengan niat jahat... akan aku bunuh dengan pedangnya sendiri...."  Saidina Hamzah bimbangkan keselamatan Rasulullah kerana dia  tahu Umar seorang yang menurut nafsu amarah dan sanggup melakukan apa sahaja....Namun baginda meminta supaya Saidina Hamzah tidak bertindak melulu..
Umar mengetuk daun pintu... dan Rasulullah sendiri yang membuka pintu dan mempersilakan Umar masuk...

Sebaik sahaja Umar melangkah masuk, beliau terus mendekati Rasulullah... Lalu baginda terus memegang hujung baju Umar dan disentapnya dengan kuat sehingga Umar jatuh berlutut di hadapan Rasulullah.

Sambil berhadapan dan bertentang mata dengan Umar, Rasulullah lantas bertanya, " Bila  kamu hendak menerima Islam wahai Putera Al Khattab ..? Adakah kamu hendak menunggu sehingga ditimpa bala dan ancaman dari Allah ? Sebagaimana yang menimpa Al-Walid bin Al-Mughirah ..?... Ya Allah, inilah Umar Al-Khattab,... Ya Allah muliakan Islam dengan Umar Al-Khattab ini!"

Seketika itu pula Umar bersyahadah, " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,..dan Kamu,..Muhammad adalah pesuruhnya "....  orang-orang yang berada di rumah tersebut bertakbir dengan keras ....sehingga ada yang menitiskan air mata kerana terlalu gembira...  

Umar memeluk Islam pada bulan Dzulhijah tahun ke-6 kenabian, tiga hari setelah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib memeluk Islam....Selepas peristiwa tersebut, Umar berjanji untuk melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.... Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah (633-644)...

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar "

Tuesday, June 26, 2012

Kisah Saidina Umar dengan Fakir Miskin


Khalifah Umar Al-Khattab R.A, sering melakukan siasatan sendiri untuk mengetahui keadaan rakyat jelata dibawah kerajaannya..... Suatu malam, beliau telah terdengar tangisan kanak-kanak daripada sebuah rumah kecil di hujung desa.... Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk.... Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”

Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali... walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama.....  

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,... Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu,.... lalu dia bertanya kepada ibu tua itu,  “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”

“Hal ini kerana mereka sangat lapar..” Jawab si ibu.
“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar bertanya lagi.
“Tidak ada makanan.... Periuk yang saya masak dari tadi hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak.... Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur....” Jawab ibu tua itu.

“Apakah ibu sering berbuat begini ?”  Tanya Umar ingin tahu.
“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

“Mengapa ibu tidak meminta bantuan daripada Khalifah ?... Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar...

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” Jawab si ibu... 
Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi, “ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu.
“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...” Umar langsung menangis mendengar keluhan wanita tersebut

Saidina Umar telah kembali ke Madinah menuju ke Baitulmal.... Beliau sendiri yang telah mengeluarkan makanan daripada Baitulmal dan membawanya pada malam itu juga ke rumah ibu tua tersebut tanpa bantuan orang lain...

Ibu tua tersebut menyatakan terima kasih yang tidak terhingga dan mengatakan kepada Saidina Umar,.... " sepatutnya kamu lah yang layak menjadi khalifah ".... dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar.

Keesokannya Saidina Umar  telah memanggil Ibu tua itu untuk datang menghadapnya... Alangkah terkejutnya Ibu tua itu apabila melihat Khalifah zalim yang disangkakan-nya itu adalah sebenarnya Lelaki yang datang membantunya pada malam tadi.....

Khalifah Umar telah menghadiahkannya wang serta keperluan hidup, dan merayu kepadanya supaya berjanji untuk tidak  MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak.


Kisah Saidina Umar menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis)


Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang umat Islam untuk menawan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) terbuka luas....  

Patriarch Sophronius, seorang Bishop memberikan syarat supaya Khalifah Islam ketika itu, Umar ibn Al-Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Jerusalem dan memberi jaminan keselamatan.

Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan akan melakukan serangan terhadap Kota Baitul Maqdis sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom melakukannya.... tapi ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat disitu.... Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar Al-Khattab menuju ke Kota Jerusalem.

Di saat itulah kisah hebat pembukaan Kota Al-Quds (Baitul Maqdis) yang dilakukan Khalifah Umar Al-Khattab  bermula....

Khalifah Umar Al-Khattab  pergi ke Baitul Maqdis dengan tidak diiringi oleh pasukan ketenteraan,...dan tidak juga mengenakan pakaian yang mewah - mewah untuk melambangkan kehebatan kerajaannya....  beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja. ...dan Perjalanan Umar dan khadamnya dari Kota Madinah ke Kota Al-Quds, hanya  berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta.... Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya akan berjalan sambil memegang pedati unta tersebut.... Manakala jika giliran  khadamnya yang menaiki unta, Umar pula yang akan berjalan sambil memegang pedati unta itu.... Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat.... Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga mereka sampai ke Kota Al-Quds.

Sebelum mereka sampai ke Kota Al-Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya.... Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang telah dijanjikan syurga..... Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khaled Al-Waled.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh rasa penghormatan.... Ketika itu giliran Umar berjalan kaki dan memegang pedati unta sementara khadamnya  menunggang.... Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera,... tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Melihat keadaan kaki Khalifah Umar yang sudah pecah-pecah dan diselaputi debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota Al-Quds, “ Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan... Mereka (penduduk Al-Quds) tentu akan kagum melihat kemegahan kamu sebagai seorang Khalifah ”...

Tiba-tiba Umar Al-Khattab merenung Abu Ubaidah,... dengan wajah yang sangat kecewa atas apa yang diucapnya lalu keluarlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah, "Demi Allah..... Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku akan menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini !.... Sesungguhnya kita semua ini adalah hina, lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Khalifah Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya.... Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya (Satu kawasan di luar Kota Baitul Maqdis).

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin.... Apabila Kota Al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar.... Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh giliran yang ditetapkan.... Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke pintu gerbang Kota Al-Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.

Berkerumun tentera-tentera Rom dan rakyat Al-Quds yang beragama Nasrani  memenuhi jalan-jalan.... Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia.... Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan datang membawa bala tentera, panji-panji di-raja  dan sebagainya.... Tetapi Umar datang dengan baju kasar yang lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya juga berdebu.

Umar berhenti apabila sampai di gerbang Dimashq,... salah satu pintu masuk ke Kota Al-Quds.... Kemudian beliau terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ,...

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Khalifah Umar.... Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya....ternyata mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar,... sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem.... Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya.... Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Al-Quds dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berkata, " Angkat kepala kamu... sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Patriarch Sophronius bersama bishop-bishop lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan,... sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan,  hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa.... Sophronius malu melihat penampilah Khalifah yang sungguh sederhana,.... dalam hatinya berkata, ” Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas ”.

Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia teringat akan tanda-tanda pemilik sebenar Kota Al-Quds sebagaimana yang disebut di dalam Kitab Injil.... Sophronius menghampiri Khalifah Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota Al-Quds.... Kemudian Sophronius berkata kepada Umar, “ Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan padanya kunci kota Al Quds ini,... pasti akan memiliki tiga tanda... Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.

“ Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya.... Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur).... Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan ".

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar Al- Khattab, dia kemudian meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya.... Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar,.... dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata, " Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan.... Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), pertama, Khadamnya yang menunggang kenderaan... kedua Calitan debu-debu tanah.... dan ketiga,... Tampalan pada bajunya ".

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman,.. Kemudian dia menambah lagi, " Aku tidak sedih untuk memberikan kunci ini kepada Umar dan kerajaannya "

Khalifah Umar kemudian menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius.... Khalifah Umar mengikat jaminan keselamatan dan keamanan dengan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem.

Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar dibawa berjalan-jalan disekitar bandar Al-Quds sehinggalah tiba waktu solat,... Bishop Sophronius mempelawa Saidina Umar untuk melaksanakannya di Holy Sepulchure - Gereja Al-Qiamah (maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian).... Tetapi ajakan itu ditolak, kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudiannya meninjau sekitar kawasan Gereja Al-Qiamah dan berjalan keluar menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya.... Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar.

Genap 10 hari,.. Khalifah Umar bersama tentera-tentera Islam memasuki  Kota Al-Quds dengan aman.... Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah SWT... Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis... Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, ” Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini ?”

“ Benar, aku menangisi kemenangan ini.... dan aku teringat Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda…” 

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kamu. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kamu semua, sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kamu seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".


Monday, June 25, 2012

Kisah Saidina Uthman Ibn Affan


Saidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saidina Umar Al-Khattab R.A.... Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya (tahun Masihi 644 hingga 655)... Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang bermaksud "yang memiliki dua cahaya".... Sebab Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya, iaitu yang pertama Ruqayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar,... maka Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya pula dengan Umi Kalthum. 

Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW. terhadap Saidina Uthman R.A... ketika isterinya yang kedua (Umi Kalthum) itu pula meninggal, Rasulullah SAW. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuan ku lagi hai Uthman, tentu engkau akan aku ambil sebagai menantu lagi" .

Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam... Beliau datang dari suku puak Umaiyah.... suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW., 

Menurut catatan sejarah, Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam.... Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. kerana kemuliaan dan budi pekertinya.... Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut dan pemalu....  Rasulullah SAW. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman ".... 

Rasulullah SAW. kebiasanya tidak keberatan untuk menerima kedatangan para sahabatnya ke rumah dan baginda selalunya berpakaian yang biasa-biasa sahaja,.... tetapi apabila diketahui bahawa Saidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda akan mengenakan pakaiannya yang cantik-cantik sebagai tanda menghormati sahabatnya yang disegani  oleh para malaikat itu. 

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin,... Saidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia.... Saidina Uthman R.A. berserta isterinya Ruqayyah adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.... Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya di Mekah yang ditinggalkannya, kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah...

Sekembalinya beliau dari Abyssinia, beliau telah melakukan hijrah kedua pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah SAW. yang telahpun terlebih dahulu berhijrah ke kota tersebut.... 

Ketika berada di Madinah, Saidina Uthman R.A. telah memulakan perniagaan hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya.... Namun demikian beliau tidak sedikitpun teragak-agak untuk menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam... banyak sekali pengorbanan Saidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. 

Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan bekalan air bersih,... Pada saat itulah Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa diantara kamu yang mampu membeli sumur (kolam) Rooma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin...maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya didalam syurga ".... lalu Saidina Uthman Bin Affan tampil dan  membeli  kolam yang bernama 'Bir-Rooma' dari seorang Yahudi tersebut. 

Begitu juga ketika mana Masjid Madinah menjadi semakin sempit disebabkan semakin banyaknya orang yang datang bersembahyang di dalamnya,... Saidina Uthman telah membeli lima buah rumah yang sederet di samping tanah masjid itu untuk dibangunkan sebagai tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar.

Selain daripada pengorbanan harta benda, Saidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah SAW. dalam berbagai masalah..... Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasulullah untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. 

Saidina Uthman R.A. juga merupakan  seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. yang masyhur dengan sifat warak, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah,... Beliau juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an dari hal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh kerana rasa takutnya. 
 
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah selepas wafatnya Saidina Umar Al-Khattab... beliau telah dilantik oleh satu Majlis Syura yang terdiri dari enam orang para sahabat yang telah dipilih oleh Saidina Umar... beliau menyatakan kesanggupannya kepada Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai orang tengah.... 

Beliau dilantik menjadli Khalifah ketika berumur 70 tahun... seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahan,... amat berbeza sekali dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya,... mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah pada zaman pemerintahan. 

Pada zaman peinerintahan Saidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.... fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang awam.

Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama dari kaum keluarganya sendiri.... Mereka mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang dari ahli keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam.... Perbuatannya yang membiarkan ahli keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Madinah.

Selain daripada itu ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Saidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Islam pada masa itu.... Salah satu dari perkara-perkara itu ialah keputusannya membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam Bin Abi Al-As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah keluar dari Madinah kenana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah SAW.... dan Saidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayat baginda lagi, meminta supaya membenarkan bapa saudaranya itu kembali... tetapi Rasulullah SAW. tidak membenarkan permintaannya itu, perintah larangan itu berterusan hingga pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A.... dia tidak dibenarkan juga kembali.

Apabila Saidina Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah,... bukan hanya setakat itu sahaja, apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai yang menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. 

Saidina Uthman juga telah melantik anak Al-Hakam yang lain, bernama Marwan menjadi sebagai menteri kepadanya, dan perkara itu dikecam hebat oleh orang-orang Islam.... Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saidina Uthman.

Pemerintahan Saidina Uthman mula menempuh satu percubaan yang besar  dengan tumbuhnya fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.... ketika itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba' , seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.

Seorang sahabat yang tenkenal bennama Abu Dzar juga telah menentang hebat pemerintahan Saidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah  dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah yang memerintah kota Damshik (Syam)...  Abu Dzar telah termakan hasutan  Abdullah Bin Saba' lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah dan bukan kepunyaan orang-orang Islam,.... seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai.

Inilah antara hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba' kepada sahabat terkenal iaitu Abu Dzar yang memang berjiwa keras dan berani itu. Memandangkan bahaya dari pengaruh Abu Dzar itulah maka akhinnya Saidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Dzar Al-Ghifari dari orang ramai,... lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhir hayatnya... beliau (Abu Dzar) meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah. 

Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba' untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah.... Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa pun sebelum itu,... bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A..... 

Di Mesir,.. Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba'...perkara itu didorong oleh kerana pertalian kerabat antaranya dengan Saidina Ali R.A..... beliau ialah anak tiri kepada Saidina Ali Bin Abu Talib, yang beristerikan balu Saidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais (ibu Muhammad Bin Abu Bakar). 

Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba',.... Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh orang-orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun Ansar. 

Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu telah membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah..... Bila mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah,.... maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.....Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya berjaya merempuh masuk, lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan.... 

Saidina Uthman mati terbunuh sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya pada tanggal 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah..... dan akibat dari kewafatannya itu maka bermulalah zaman-zaman yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam. 


Friday, June 22, 2012

Kisah Shaikh Abdul Qadir Jailani diuji oleh Iblis


.... Setelah berputus asa menggoda dan menyesatkan Shaikh Abdul Qadir-Jailani, ...Iblis dalam usahanya yang terakhir telah menyamarkan dirinya sebagai satu cahaya yang Sangat terang dan sangat menarik, lalu ia muncul dihadapan Shaikh Abdul Qadir sambil berkata

"Ya Abdul Qadir, aku ini Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh-sungguh menghambakan diri mu pada ku ... maka pada hari ini dan disaat ini,...aku halalkan bagi kamu segala apa yang telah aku haramkan sebelum ini ..!!! "

Maka dengan segera Shaikh Abdul Qadir menyahut, " Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam." ...lalu ia melemparkan selipar yang dipakainya kearah cahaya itu.

Pada ketika itu, cahaya yang bersinar itu bertukar menjadi kepulan asap yang tebal seperti awan ... Dan terlihatlah Iblis, ....dan ia lalu berkata

" Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis? .. sedangkan banyak orang alim yang telah aku sesatkan dengan cara ini. "

Shaikh Abdul Qadir menjawab, " Allah Ta'ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur'an !!!.... Dan dia tidak pernah menghalalkan sesuatu yang haram ...... Maka aku tahu tentu engkau adalah Iblis "

Iblis menjawab, " Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau"

Shaikh Abdul Qadir menjawab, " Binasalah engkau !!!! .... Aku terselamat bukan kerana ilmu ku... tetapi kerana Rahmat Tuhan ku !! "

(Dari kitab Qala'id Al-Jawahir)